Angkara Rosku

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Angkara Rosku
Tahun keluaran - 1994

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Joey

Angan Di Sebalik Renungan

Langit nan biru
Dalam mata mu
Buat ku rindu

Buat ku rindu
Hidup yang baru
Ku bersama mu

Bersama mu selalu
Tiap detik dan saatku
Sepanjang waktu

Sepanjang waktu tertumpu
Pada senyuman mu
Manis semanis madu

Malam pantas berlalu
Kerana kau ada di sisiku
Nyaman bagai di bumi bayu

Mimpi yang dulu
Tidak lagi mengganggu
Lena sejenak dah terang kelambu

Impian bukan kenyataan
Yang dapat dibuat satu sandaran

Renungan hilang tengah jalan
Pabila kau alih pandangan

+

Tajuk lagu - Angan Di Sebalik Renungan
Tahun keluaran - 1999

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Asheed
Penyanyi / kumpulan - Def-Gab-C

+

Senikata disalin dari cakera padat Def-Gab-C - Skala (1999)

Angan Dan Sedar

Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawan
Biarpun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan

Mohon sesaat berangan
Buatku meleraikan
Apa pun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan

Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu siapa aku
Aku sedar dan berasa malu
Aku sangatlah mahu berterima kasih

Sungguh
Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu biarpun membelai rindu

Mohon secebis kasihan
Jangan ku dilupakan
Dalam lipatan kenangan
Bercinta dikau di persimpangan

Aku rela merindumu

+

Tajuk lagu - Angan Dan Sedar
Tahun keluaran - 2007

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Mawi

+

Senikata disalin dari laman web lain.

Andalusia

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini ku bakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niat ku bertemu

Cahayamu tiada tara(nya)

Pohon salamku pada fakir-fakirmu Andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus

Sahutlah Andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi Alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal Hadi Antal Haqqu
Laisal Hadi Illahu

+

Tajuk lagu - Andalusia
Tahun keluaran - 1998

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - M. Nasir

+

Senikata disalin dari cakera padat Karisma - M. Nasir, Amy, Awie (2001) dan dibetulkan beberapa bahagian mengikut nyanyian dalam lagu.

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Sabitah = Bintang tetap.
Setanggi = Kemenyan yang berbau harum apabila dibakar.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

Analogi 0.1

Si Dara bukan menangis, kerna Krakatau
Tapi kerna bawang dihiris, malam pengantin
Si Uda bukan merintih, kerna petaka
Tapi kerna lagu digema, pagi merdeka

Merah warna kuntum, penyeri mata
Akan hilang seri dan erti, tanpa cahaya
Cinta jadi perdu, hidup sempurna
Akan hilang bekas dan makna, tanpa belaian

Siapa harus hulurkan
Bunga rampai cinta
Di tangan insan yang hilang
Kasih sayang sangat diperlu
Bagai kehidupan memerlukan
Air dan api

+

Tajuk lagu - Analogi 0.1
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Search
Penyanyi / kumpulan - Search

+

Senikata disalin dari cakera padat Search - Rampage (1992)

Ana Permata Timur

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Ana Permata Timur
Tahun keluaran - 1993

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Hattan

Amuk

Mana dia budi kita
Budi suci tulus ikhlas
Katakanlah di mana

Mana dia satu jiwa
Satu umat timur raya
Katakanlah di mana

Mana dia sumpah kita
Sumpah minum air keris
Katakanlah di mana

Mana dia marga wira
Marga Jebat bumi Tuah
Katakanlah di mana

Dah jemu diulit dodoi dulu
Sehingga tak kenal hujung hulu
Dicucuk hidungku macam lembu
Tersentuh ku sakit haru biru

Sebelum sengit
Rinduku himpit
Menongkat langit
Biarku jerit

Aku dah sakit
Aku dah bingit
Aku dah perit
Aku dah lengit

Hulurkan bantuan
Sekadar termampu
Tunjukkanlah siapa
Siapa yang tahu

+

Tajuk lagu - Amuk
Tahun keluaran - 1998

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Cromok
Penyanyi / kumpulan - Amuk

+

Senikata disalin dari cakera padat Amuk - Tanpa Prejudis (1998)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Lengit = Kalah teruk dalam permainan.
Marga = Kelompok atau puak orang yang berasal daripada satu keturunan.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

Amok Merah

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Amok Merah
Tahun keluaran - 1996

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Joey
Penyanyi - Joey

Alif Ba Ta Duniaku

Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku

Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku

Alif ba ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini

Ku, ku
I, i, i
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku

Kau, kau
You, you, you
Tak mungkin boleh tahu
Selagi ku tak cerita

Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarah mu itu
Sedarlah
Kawanku

Aa, aa
Ih, ih
Uu, uu
Tak depan, bawah, atas
Tiga cara saja
Membacanya

Oh, oh
Jangan ternganga
Uh, uh
Sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar
Kawanku

Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu (sama)
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama

+

Tajuk lagu - Alif Ba Ta Duniaku
Tahun keluaran - 1998

Penulis senikata - Sinbad
Pencipta lagu - Benny Arjuna
Penyanyi - Awie

+

Senikata disalin dari laman web lain.

Aladin

Mana tahu nasib nak rubah
Tuah badan tak boleh baca
Kau jadi Aladin

Asal miskin hina dan dina
Jadi masyhur sekelip mata
Kau jadi Aladin

Runtuh dinding antara nyata dan mimpi
Kita selama ini
Tak mustahil menjadi realiti
Zaman macam ini

Gosok, jangan tak gosok
Gosok, lampu yang satu
Gosok, sampai kau nampak wajahmu

Gosok, jangan tak gosok
Gosok, sampai berkilat
Gosok, sampai tertanggal semua karat

Kalau tuah boleh tak mati
Apa benda pun boleh jadi
Kau jadi Aladin

Kalau boleh sampai ke bulan dan angkasa
Apa salah singgah kayangan pintu maya
Kau jadi Aladin

+

Tajuk lagu - Aladin
Tahun keluaran - 2002

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Tam Spider
Penyanyi / kumpulan - Spider

+

Senikata disalin dari cakera padat Spider - Aladin (2002)

Aku Yang Tertawan

Aku seru, aku puja
Kau yang satu
Aku rindu, aku cinta
Kau kasihku

Dari awal setia pada kehendak mu
Tak pernah ku letakkan walau sesaat
Aku pegang segala syarat penetapan mu
Saat menanggung siksa bertahun

Terima saja tindakan mu sebagai takdir
Dia pun melampau batas
Menggurisi hatiku

Apakah engkau tidak punya perasaan
Tidakkah engkau merasakan setitik kasihan
Pada aku yang tertawan

Aku seru, aku puja
Kau yang satu
Aku rindu, aku cinta
Hanya engkau

Dari awal setia pada kehendak mu
Tak pernah ku letakkan, kau kasihku
Aku yang tertawan pada mu
Aku yang tertawan pada diri mu yang satu

+

Tajuk lagu - Aku Yang Tertawan
Tahun keluaran - 1996

Penulis senikata - Nurbisa II
Pencipta lagu - Joey
Penyanyi - Joey

+

Senikata disalin dari laman web lain.

Angkasawan

Angkasawan aku cemburu
Pengalaman mu mengecap mimpi
Angkasa lepas biar sendiri
Sepi tak singgah

Angkasawan aku selalu
Membayangkannya melihat sinar
Kilauan bintang tanpa dipagar
Awan yang jelma

Bawalah aku
Ke dunia yang baru
Di mana warna biru
Bukan bererti mesti pilu

Biarkan aku
Menjadi insan baru
Yang tak 'kan pernah jemu
Cuba nak maju

Kiranya kau sudi
Berkongsi rahsia
Hidupmu buatku
Semua jiwa kau kasihi

+

Tajuk lagu - Angkasawan
Tahun keluaran - 2008

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Nurama
Penyanyi / kumpulan - Butterfly

+

Senikata disalin dari cakera padat Butterfly - Rockmania (2008)

Berasap Berabuk

Macam mana mahu maju
Kalau kita tak laju?
Macam mana mahu menang
Kalau kita tak juang?

Terikat kerana cakap kawan
Ilusi menjadi halangan
Percaya kerana cakap kawan
Fantasi jadi sempadan

Macam mana mahu cinta
Kalau kita tak suka?
Macam mana mahu hebat
Kalau kita tak ligat?

Terikat kerana cakap kawan
Sensasi menjadi dorongan
Percaya kerana cakap kawan
Impian jadi omongan

Misi hanya berangan
Mimpi hanya khayalan

Berasap berabuk kayu tak bakar-bakar
Berasap berabuk api tak besar-besar
Berasap berabuk dapur tak nyala-nyala
Berasap berabuk mimpi tak nyata-nyata

+

Tajuk lagu - Berasap Berabuk
Tahun keluaran - 2007

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Trabye
Penyanyi / kumpulan - Mpire

+

Senikata disalin dari cakera padat Mpire - Mpire (2007)

Nana

Kau mencipta gelora
Di laut dalam
Diri yang bergelandangan

Kau mencipta gerhana
Di dada malam
Diriku yang kegelapan

Nana, Nana, tolong aku
Nana, Nana, aku buntu
Nana, Nana, bantu aku
Nana, Nana, aku lesu

Mengapa harus hatiku terpaut
Sedangkan aku sendiri pun hanyut

Kau mencipta prahara
Di lembah gersang
Diriku yang keseorangan

Kau mencipta dilema
Di simpang hidup
Diriku yang kebingungan

Nana, Nana, tolong aku
Nana, Nana, aku buntu
Nana, Nana, bantu aku
Nana, Nana, aku lesu

Mengapa harus hatiku tersangkut
Sedangkan aku sendiri pun kalut

Kelam kabut, berserabut
Cari tempat nak berpaut
Jiwaku sebentar

Kelam kabut, berserabut
Cari tempat nak berpaut
Nak merawat kecewa ku kelmarin
Sebelum kenal cinta

+

Tajuk lagu - Nana
Tahun keluaran - 2002

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Nasha
Penyanyi / kumpulan - Amuk

+

Senikata disalin dari cakera padat Amuk - Hakikat (2002)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Prahara = Angin ribut, badai, taufan.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

Penat

Tanah pulang ke tanah
Langit bumi terpisah
Aku nak pulang mana

Mana kiblat nak ku halakan
Jiwaku yang meronta
Merindu kedamaian

Mana aku nak tagak
Soal hati yang tak nampak
Soal hidup berlambak-lambak

Mana orang nak ku tanyakan
Jalanku yang terbaik
Mendapatkan rahmat Tuhan

Penat...

Ku penat
Mencari
Lantaklah
Musnah

+

Tajuk lagu - Penat
Tahun keluaran - 2002

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Semi-G
Penyanyi / kumpulan - Amuk

+

Senikata disalin dari cakera padat Amuk - Hakikat (2002)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Tagak (menagak) = Menahan, menentang, menghadapi.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

Lihat Layang Layang

Hei layang layang terbang

Semasa itu kau tinggi lutut ayah
Baru nak belajar mengenal dunia
Hairan dan asyik kau melihatnya
Perkara biasa di matamu menjadi indah

Bagai kain putih
Sedia dilukis
Seratus peratus
Apa saja mengikut bentuk dan rupa
Cermin hatimu akan terus terima

Lihat layang layang

Sekarang kau sudah lebih tinggi ayah
Dah banyak kau tahu perihal dunia
Hambar dan jemu kau melihatnya
Perkara biasa di matamu menjadi sampah

Bagai jernih air
Merakam bayangan
Seratus peratus
Apa saja yang datang ataupun singgah
Cermin hatimu akan terus memangkah

Baik buruk songsang terbalik
Hanyalah sebuah tafsiran
Belum tentu ada benarnya
Mungkin salah masa (jangka)

Lihat layang layang terbang

+

Tajuk lagu - Lihat Layang Layang
Tahun keluaran - 2001

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Bong
Penyanyi / kumpulan - Amuk

+

Senikata disalin dari cakera padat Amuk - Dikir Timur (2001)

Satu Tak Lekat

Harimau, mana taring mu
Harimau, mana raung mu
Dulu kau beria pantang dicabar
Kenapa kini dah pandai bersabar

Harimau, mana belang mu
Harimau, mana serum mu
Dulu apa pun yang datang kau tagak
Mengapa kini nak intai nak agak

Mana semangat
Mana azimat
Mana keramat
Satu tak lekat

Mana tarekat
Mana hakikat
Mana makrifat
Satu tak lekat

+

Tajuk lagu - Satu Tak Lekat
Tahun keluaran - 2001

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Sam Cromok & Miji Cromok
Penyanyi / kumpulan - Amuk

+

Senikata disalin dari cakera padat Amuk - Dikir Timur (2001)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Makrifat = Pengetahuan yang tinggi atau yang sempurna.
Serum (serum darah) = Cecair jernih yang terpisah daripada bekuan darah dalam penggumpalan darah.
Tagak (menagak) = Tidak mengendahkan atau mem­pedulikan (bahaya dan lain-lain)
Tarekat = Jalan untuk mencapai kebenaran (dalam tasawuf)

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

Biar Mandi Basah

Kau nak mencuri
Oh kau tidak tahu
Kau nak membeli
Oh kau tidak mampu
Bayar harga tunainya
Sampai kiamat tiba

Kau nak meminta
Oh kau tidak tahu
Kau nak meminjam
Oh kau tidak mampu
Bayar hutang tunainya
Sampai kiamat tiba

Kalau nak mandi, mandi basah
Kalau nak baik, baik habis
Kalau nak mandi, mandi basah
Baru kau kenal mana baik

Kalau nak mandi, mandi basah
Kalau nak jahat, jahat habis
Kalau nak mandi, mandi basah
Baru kau kenal mana baik

Hendak merintas
Oh kau tidak tahu
Hendak memintas
Oh kau tidak mampu

Hendak selamat
Oh kau masih situ
Bayar hutang tunainya
Sampai kiamat singgah

+

Tajuk lagu - Biar Mandi Basah
Tahun keluaran - 2001

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Bong
Penyanyi / kumpulan - Amuk

+

Senikata disalin dari cakera padat Amuk - Dikir Timur (2001)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Merintas = Melintas, memintas.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

Bila Mentari Menyinar Kota

Tiap kali malam tiba
Tak bisa kau pejam mata
Hatimu meronta-ronta
Apa ada di luar sana

Malam digegar rentak muzik
Mementaskan denyutan nadi
Mencabar kau masuk arena
Melepaskan segalanya

Oh
Apa itu yang kau cari
Apa itu yang kau mahu
Tangisan tak berguna
Bila mentari pagi menyinar kota

Mahu mengejar kepuasan
Nama jadi sebutan
Kau sanggup buat apa saja
Demi mencapai impian

Kau hidup tanpa pegangan
Jiwamu kekosongan
Kau hidup dalam duniamu
Yang bila-bila 'kan hancur berkecai

Hey
Mestilah fikir dulu
Jangan terburu menempuh hidup ini
Mungkin kau rasa kau tak bersalah
Kau tak melukakan sesiapa

Tapi kau terlupa sesuatu
Yang sangat berharga
Kau lupa dirimu
Kau lupa dirimu

Bila mentari pagi menyinar kota

+

Tajuk lagu - Bila Mentari Menyinar Kota
Tahun keluaran - 1997

Penulis senikata - Goyang & Sinbad
Pencipta lagu - Goyang
Penyanyi - Ruhil Amani

+

Senikata disalin dari cakera padat Ruhil Amani - Percaya (1997)

Ku Lihat Pipimu

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Ku Lihat Pipimu
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Nurbisa
Pencipta lagu - Nurbisa
Penyanyi / kumpulan - Rastari

Hanyut Di Lautan Nafsu Nafsi

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Hanyut Di Lautan Nafsu Nafsi
Tahun keluaran - 1993

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi / kumpulan - Illusi

Gading

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Gading
Tahun keluaran - 1993

Penulis senikata - Al-Heikel
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi / kumpulan - Illusi

Seribu Bahasa Sendu

Tiada lagi madah penawar
Bisa menyembuhkan perasaan
Yang remuk redah diperalatkan
Cinta terpakai mu itu

Tiada lagi senyum dan puisi
Yang melembutkan sanubari
Yang keras kaku diperlakukan
Amat kejamnya

Dalam belaian ku terpedaya
Bagaikan si kecil yang lena dibuaikan
Terjatuh dan terhempas
Meraung dalam kesulitan
Seribu bahasa sendu

Tiada lagi sinar dan gemalap
Bisa menyerikan kehidupan
Yang haru biru diperdayakan janji mu
Kini mentari yang berdiri di kaki langit
Hanya bayangan suram

+

Tajuk lagu - Seribu Bahasa Sendu
Tahun keluaran - 1993

Penulis senikata - Al-Heikel
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi / kumpulan - Illusi

+

Senikata disalin dari laman web lain.

Awang Trasher

Awang datang dari kampung
Dari kampung dia datang
Mendapat kerja kilang
Pergi pagi pulang petang
Tak kisah, biasa...

Awang berambut panjang
Panjangnya rambut Awang
Anting-anting di telinga kiri
Tattoo sauh di lengan kanan
Tak kisah, biasa...

Awang suka sendiri
"Makwe boleh cintan tadak"
Tiba malam mesti ke padang
Tengok orang lalu lalang

Kepala sakit tengok wayang
Lebih baik layan "trash"
Untung-untung boleh hilang
Bayang datuk, sawah ladang

Dunia cerita ada senang
Falsafah hidup dan pegangan
Semua sudah ada dalam
Lagu "Sodom... Metallica"

Alamat di "sub-urban" haram
Sebumbung Mat Indon Padang
Hidup sentiasa tak tenang
Selisih terjumpa "jembalang kota"

Kepala terantuk tiang
Baru teringat pesan
Limah yang anak satu
Agar pulang cukup bulan
Tak kisah, biasa...

+

Tajuk lagu - Awang Trasher
Tahun keluaran - 1991

Penulis senikata - M. Nasir & Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi / kumpulan - Wings

+

Senikata disalin dari cakera padat Wings - Jerangkung Dalam Almari (1991)

Gemala Saktiku

Runtuh
Penjara impian
Ku dihempas gelora
Linangan tangisanmu

Bila kau
Pertahankan kesucian
Cinta yang masih kabur
Di balik awan

Sesungguhnya
Terbukti kebenaran
Bisikan nurani
Ku yang melamar
Ke hujung dunia

Tiada ku terduga
Akan ketemukan
Yang diburu-buru
Seribu malam berlalu

Dan tak terlintas
Akan ku temukan
Gemala saktiku
Di dalam diri
Seorang perawan

Gemala saktiku
Dalam diri
Seorang perawan
Kota yang berwarnakan dosa

Maafkan diriku sayang
Kerna terlanjur dan keliru
Maafkan diriku sayang
Kerna tersalah, dalam bayangan silam...

+

Tajuk lagu - Gemala Saktiku
Tahun keluaran - 1991

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi / kumpulan - Wings

+

Senikata disalin dari cakera padat Wings - Jerangkung Dalam Almari (1991)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Gemala = Batu yang bercahaya dan mempunyai hikmat.

(Kamus Dewan edisi keempat)

Jerangkung Dalam Almari

Apa ada di dalam kamu
Ada juga di dalam kami
Apa ada di dalam kami
Ada juga di dalam kamu

Aku adalah aku adalah aku

Apa ada di dalam kamus
Ada juga di dalam diri
Apa ada di dalam diri
Ada juga di dalam kamus

Kami adalah kami adalah kami

Maafkan lah kami
Dalam generasi ini
Ta' faham
Ta' kenal
Syair perahu
Tunjang pujangga Melayu

Apa ada di dalam kamus
Ada juga di dalam diri
Apa ada di dalam diri
Ada juga di dalam kamus

Maafkan lah kami
Dalam generasi kami
Menjerit
Meraung
Yang tersirat, nafas dan nadi kami

Maafkan lah kami
Dalam generasi kami
Menjerit
Meraung
Meminta lepaskan, jerangkung dalam almari

Apa ada di dalam kamus
Ada juga di dalam diri
Apa ada di dalam diri
Ada juga di dalam kamus

Maafkan lah kami
Dalam generasi ini
Menjerit
Meraung
Meminta lepaskan, jerangkung dalam almari

Jerangkung dalam almari

+

Tajuk lagu - Jerangkung Dalam Almari
Tahun keluaran - 1991

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi / kumpulan - Wings

+

Senikata disalin dari cakera padat Wings - Jerangkung Dalam Almari (1991) dan dibetulkan beberapa bahagian mengikut nyanyian dalam lagu.

Lagu Untuk Rondo

Rondo dengarlah lagu
Sederhana ini
Semoga kau terhibur dan menjerit

Rondo usah biarkan
Peristiwa semalam
Menggugat kasih sayang yang terjalin

Memang menjadi lumrah
Adat berkasih
Harus merintangi badai cabaran

Cinta yang kita binakan
Tak mungkin runtuh
Bila berteraskan ikhlas dan yakin

Percayalah biar gunung berapi
Gempa bumi dan laut melimpah
Kau dan aku tak akan berpisah

+

Tajuk lagu - Lagu Untuk Rondo
Tahun keluaran - 1990

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Ramli Sarip
Penyanyi / kumpulan - Ruhil Amani & Metal Child

+

Senikata disalin dari cakera padat Ruhil & Metal Child - Lagu Untuk Rondo (2012)

Impian Ku

Bagaikan serpihan bintang yang melintas
Deras di halaman maya
Bila dewa malam bertahta
Walaupun berkilau hanya seketika

Namun cahaya mu berjaya
Meninggalkan kesan mendalam
Sehingga tersingkap
Yang memisahkan ku dari mengenal kepastian
Nilai sebuah mahligai cinta sempurna dan bandingan

Impian ku kini menjadi kenyataan
Hadir kasih sayang mu itu
Memberi ku sayap untuk terbang
Bebas melayang ke samudera
Yang luas dan tak berbatas

+

Tajuk lagu - Impian Ku
Tahun keluaran - 1990

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Hattan
Penyanyi / kumpulan - Ruhil Amani & Metal Child

+

Senikata disalin dari cakera padat Ruhil & Metal Child - Lagu Untuk Rondo (2012)

Demi Kasihku

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Demi Kasihku
Tahun keluaran - 1996

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Firdaus
Penyanyi - Hattan

Biker's Blues

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Biker's Blues
Tahun keluaran - 1996

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Md Noor Hendrix
Penyanyi - Hattan

Reggae No 3

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Reggae No 3
Tahun keluaran - 1996

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Hattan
Penyanyi - Hattan

Maafkan Aku Kekasih

Maafkan aku oh kasihku
Kerna kecewakan harapanmu
Mungkin aku yang berdosa
Menodai cintamu yang tulus

Lupa
Asalku di lembah yang hina
Lupa
Duniaku dulu gelita

Sebelum kehadiranmu
Memberi rangsangan kasih sayang
Menghidupkan diriku yang bagaikan mati
Bangun bernapas kembali

Berjuang memerangi cabaran
Sampai ke syurga anganku angan
Sehingga ku tenggelam
Ditewaskan keakuan

+

Tajuk lagu - Maafkan Aku Kekasih
Tahun keluaran - 1996

Penulis senikata - Kristo Bimbo
Pencipta lagu - J.S. Kevin
Penyanyi - Hattan

+

Senikata disalin dari laman web lain.

Dariku, Fakirmu

Tolong nyalakan
Nyalakan sejuta sinar
Menerang jalanku yang tersasar

Tolong nyatakan
Nyatakan kesaktianmu
Agar terluput bebanan hidupku

Aku rayu, aku pohon
Aku pinta pada kau pujaan
Aku perlu belaianmu
Untuk teruskan hidup

Tinggal kau saja harapanku
Untuk merangsang
Semangat kembali menjulang
Mimpiku yang semalam
Mungkin ini luahan
Terakhir dariku, fakirmu

+

Tajuk lagu - Dariku, Fakirmu
Tahun keluaran - 1996

Penulis senikata - Kristo Bimbo
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Hattan

+

Senikata disalin dari laman web lain.

Aku Seorang Lelaki

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Aku Seorang Lelaki
Tahun keluaran - 1996

Penulis senikata - Kristo Bimbo
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Hattan

Terbang Pulang

Pulihkan pulihkanlah
Sayap ini jiwa ini
Biarku bisa terbang
Kembali

Bisikkan bisikanlah
Kata sakti janji murni
Biar terangsang
Ku pulang

Meleraikan semua
Ke pangkuan mu
Melepaskan rindu
Yang lama tersimpan
Berkurun ku pendamkan
Untukmu

Pulang pada mu
Sumpah ku 'kan pulang
Sebelum sempat matamu berkelip
Dan kini aku berjanji
Untuk setia

Terbang pulang
Oh.. oh.. oh..
Meneman mu

Terbang pulang
Oh.. oh.. oh..
Meneman mu

Terbang pulang (terbang pulang)
Terbang pulang (terbang pulang)
Terbang pulang...
Ke sisi mu
Ke pangkuan

Oh.. oh.. oh..
Terbang pulang
Oh.. oh.. oh..
Meneman mu

Terbang pulang
To the one you love
To the one you love
To the one you love

Terbang pulang
Oh.. oh.. oh..
Meneman mu

To the one you love
Oh.. oh.. oh..
Meneman mu

Terbang pulang

+

Tajuk lagu - Terbang Pulang
Tahun keluaran - 2000

Penulis senikata - Kristo Bimbo
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Khadijah Ibrahim

+

Senikata disalin dari laman web lain.

Aku Masih Bisa Menari

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Aku Masih Bisa Menari
Tahun keluaran - 2000

Penulis senikata - Kristo Bimbo
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Khadijah Ibrahim

Kasihku

Oh oh oh...
Kasihku

Jangan kau berandaian
Peninggalanmu ku tangiskan
Malamku kesunyian
Di penjara bayanganmu

Oh oh oh...

Sumpah bukan berhelah (bukan berhelah)
Linangan ini bukan airmata
Pulanglah ke duniamu (duniamu)
Ku di sini tetap bahagia

Oh oh oh...
Kasihku (kasihku) dengarlah

Jangan salah anggapan
Luahan ini bukan rayuan
Inilah kenyataan
Tiada dendam dan kesalan

Oh oh oh...
Kasihku (kasihku)

Oh oh oh...
Kasihku (kasihku) dengarlah

Pulanglah ke duniamu (duniamu)

Oh oh oh...
Kasihku (kasihku) dengarlah

+

Tajuk lagu - Kasihku
Tahun keluaran - 1997

Penulis senikata - Abdullah Romany
Pencipta lagu - Ayu Amina
Penyanyi - Ruhil Amani

+

Senikata disalin dari cakera padat Ruhil Amani - Percaya (1997)

Percayalah

Hey lihatlah, katakan padaku
Engkau juga rasakan sesuatu

Yang indah dan mengasyikkan
Tak pernah sua tapi kau rindu
Yang tak terbayang akan kau ketemu
Andai hilang malam kau terganggu

Percayalah jangan kau ragu
Mata ini takkan dusta padamu

Andainya kau tahu hebatnya cintaku
Yang tersimpan untukmu, pasti hatimu
Akan tersentuh

Renunglah ke dalam mataku
Dan akan kau fahami isi hatiku
Cintaku hanyalah satu
Dan itulah yang ku serah padamu

Biar langit bertukar warna
Biar sinaran mentari terhenti
Pandanglah ke dasar hatiku

Percayalah
Percaya diriku

+

Tajuk lagu - Percayalah
Tahun keluaran - 1997

Penulis senikata - Abdullah Romany, Gibran Agi & Ruhil Amani
Pencipta lagu - Dandiar
Penyanyi - Ruhil Amani

+

Senikata disalin dari cakera padat Ruhil Amani - Percaya (1997)

Masih Menanti

Kepada kasihku yang dirindu
Dengarlah rintihanku yang syahdu
Ku yang sentiasa menantikan
Sepatah ucapan yang pasti

Mengertilah perasaan suciku
Yang dilanda keraguan
Sesungguhnya aku inginkan
Pengesahan... nyatakanlah

Agar gelap yang membaluti hidupku
Hancur musnah dan terhapus
Diterangi dengan kalimah cinta
Yang amat ku damba

Meneruskan perjuangan
Yang menagihkan sebuah
Pengorbanan yang nyata

Demi aku berjanji setia
Sepenuhnya sehingga membenarkan
Putih kata kau putihlah kataku
Merah kata kau merahlah kataku

+

Tajuk lagu - Masih Menanti
Tahun keluaran - 1989

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Ruhil Amani

+

Senikata disalin dari cakera padat Ruhil Amani - Abadi (2000)

Berani

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Berani
Tahun keluaran - 1989

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Ramli Sarip
Penyanyi - Ruhil Amani

Lencana Cinta

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Lencana Cinta
Tahun keluaran - 1989

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Loloq
Penyanyi - Ruhil Amani

Senandung Suralaya

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Senandung Suralaya
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Nurbisa
Pencipta lagu - Nurbisa
Penyanyi / kumpulan - Rastari

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Suralaya = Tempat kediaman dewa-dewa, kayangan.

(Kamus Dewan edisi keempat)

Malang Si Nangka

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Malang Si Nangka
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Nurbisa
Pencipta lagu - Nurbisa
Penyanyi / kumpulan - Rastari

Mahameru

Anak ayah seorang:
Lelapkanlah matamu
Malam ini berbuai kau
Di dalam mimpi

Esok pagi mentari menjelang
Ayah 'kan pergi
Ke sana, di mahameru
Mahameru

Anak pabila kau dewasa:
Tabahkanlah hatimu
Maya akan menipu kau
Di dalam janji

Suatu pagi mentari menjelang
Kau harus pulang
Ke sana, ke mahameru
Mahameru

Pesan ayah hanyalah satu:
Tiga titis
Dapat membawa kamu... ke sana!
Ayah sentiasa menanti.

+

Tajuk lagu - Mahameru
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Nurbisa
Pencipta lagu - Nurbisa
Penyanyi / kumpulan - Rastari

+

Senikata disalin dari kaset dan piring hitam Rastari - Tak Ada Tajuk Yang Sesuai! (1992)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Mahameru = Gunung tempat tinggal segala dewa.
Maya = (Sesuatu) yang kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada, bayangan, khayalan.

(Kamus Dewan edisi keempat)

Wak Jono

Wak Jono Oh! Wak Jono
-- Pakaian  selimpang songkok melintang
-- Di dalam saku tak ada 'uang'

Wajah masih tenang
Wajah masih tenang

Wak Jono Oh! Wak Jono
-- Berbongkok udang terhoyong-hayang
-- Dari semalam belum makan

Wajah masih tenang
Wajah masih tenang

Wak Jono Oh! Wak Jono
-- Berteduhkan langit berlantaikan bumi
-- Hidup serba kekurangan

Wajah masih tenang
Wajah masih tenang

+

Tajuk lagu - Wak Jono
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Loloq
Penyanyi / kumpulan - Rastari

+

Senikata disalin dari kaset dan piring hitam Rastari - Tak Ada Tajuk Yang Sesuai! (1992)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Bongkok udang = Bongkok pada tengah belakang.

(Kamus Dewan edisi keempat)

Langit Masih Biru

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Langit Masih Biru
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Rastari
Penyanyi / kumpulan - Rastari

Kapal Dalam Kaca

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Kapal Dalam Kaca
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Rastari
Penyanyi / kumpulan - Rastari

Tak Ada Tajuk Sesuai

Hei! Kalian semua
Di desa dan di kota
Inginkan perubahan?
... mengertilah semua

Hei! Kalian semua
Yang atas dan di bawah
Inginkan perubahan?
... fahamilah semua

Kami inginkan -- Revolusi mental
Kami inginkan -- Revolusi mental
Kami inginkan -- Revolusi mental

Kamu ingin menukarnya
Tapi masih lagi ragu...
Kamu ingin mencubanya
Tapi tak tahu dan tak bisa!

Hei! Brader
Kamu perlukan -- Revolusi mental
Kamu perlukan -- Revolusi mental
Kamu perlukan -- Revolusi mental

Kami inginkan -- Revolusi mental
Kami inginkan -- Revolusi mental
Kami perlukan -- Revolusi mental
Kami perlukan -- Revolusi mental

+

Tajuk lagu - Tak Ada Tajuk Sesuai
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Rastari
Penyanyi / kumpulan - Rastari

+

Senikata disalin dari kaset dan piring hitam Rastari - Tak Ada Tajuk Yang Sesuai! (1992)

Wahai Sang Pendita

Wahai! Sang pendita
Anak ingin bertanya --
"Manakah harus diikut?"

-- Panduan akal yang mengenal
-- Bisikan hati yang mencari

Wahai! Sang pendita
Jalan ini bercabang --
"Manakah harus dilalu?"

-- Lorong kiri gelap dan berliku
-- Lorong kanan terang dan mudah

Usiaku yang masih singkat
Masaku yang terlalu terhad
Diriku yang lemah tak berdaya

Airmata terus mengalir
Darah merah telah menitis
Bilakah akan bertemu jawapan --
Pasti?

+

Tajuk lagu - Wahai Sang Pendita
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Wan & Loloq
Penyanyi / kumpulan - Rastari

+

Senikata disalin dari kaset dan piring hitam Rastari - Tak Ada Tajuk Yang Sesuai! (1992)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Pendita (pendeta) = Orang yang banyak ilmu.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

D Major Blues Dalam Hujan

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - D Major Blues Dalam Hujan
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Wan & Loloq
Penyanyi / kumpulan - Rastari

Aku Dan Zen

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Aku Dan Zen
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - An
Penyanyi / kumpulan - Damasutra

Rindu Dan Hujan

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Rindu Dan Hujan
Tahun keluaran - 1995

Penulis senikata - Fakir Iskandar
Pencipta lagu - Zuriani
Penyanyi - Farra

Ributku

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Ributku
Tahun keluaran - 1995

Penulis senikata - Fakir Iskandar
Pencipta lagu - Zuriani
Penyanyi - Farra

Aku Jua Insan

Senang susah ku di sisi
Untuk kau menyandar di bahuku
Sambil menangis
Aku cuba berlaku adil
Tapi kau yang mungkir
Menyifat aku mainanmu

Jangan kecilkan kejujuran
Nanti kau dibalas Tuhan
Cubalah akur maruahku
Itu saja yang ku harapkan

Oh oh...
Oh oh...
Mana balasanku
Yang telah aku berikan
Percuma padamu

Oh oh...
Oh oh...
Mana balasanku
Yang pernah engkau janji
Janjikan dahulu

Ku wanita terperangkap
Dengan telingkahmu
Ku tahu itulah caramu

Kau sajikan kisah sepi meminta simpati
Menawan hati yang merasakan ihsan
Setelah pasti umpanmu mengena sasaran
Kau ragut tanpa belas kasihan
Seperti aku bukannya insan

+

Tajuk lagu - Aku Jua Insan
Tahun keluaran - 1995

Penulis senikata - Cenderawasih
Pencipta lagu - Zuriani
Penyanyi - Farra

+

Senikata disalin dari laman web lain dan dibetulkan beberapa bahagian mengikut nyanyian dalam lagu.

Sesuatu Yang Hilang

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Sesuatu Yang Hilang
Tahun keluaran - 1995

Penulis senikata - Fakir Iskandar
Pencipta lagu - Zuriani
Penyanyi - Farra

Kata Hati

Apa nama sekali pun kita semua berikan kepadanya
Mawar merah itu masih tetap menjadi bunga yang sama

Jauh mana sekali pun kita lari daripadanya
Bayang-bayang itu sentiasa mengekori kita jua

Hanya hati yang bisa mengetahui
Apa yang ku rasa setiap kali kau lafazkan kata itu

Betapa kau masih tak mengenal diriku
Seorang insan biasa
Yang mempunyai cita untuk terus berjaya
Di atas pentas dunia

Apa guna berlian sejernih laut sebiru langit yang indah
Bila jiwa terpenjara di dalam sangkar tak bernyawa

Hari-hari melayan sepi dan resah
Walaupun berteman namun aku kesunyian dalam hati

+

Tajuk lagu - Kata Hati
Tahun keluaran - 1995

Penulis senikata - Fakir Iskandar
Pencipta lagu - Zuriani
Penyanyi - Farra

+

Senikata disalin dari laman web lain dan telah disemak persamaannya dengan nyanyian dalam lagu.

Mimpi Warna Jingga

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Mimpi Warna Jingga
Tahun keluaran - 1995

Penulis senikata - Fakir Iskandar
Pencipta lagu - Zuriani
Penyanyi - Farra

G.I.L.A

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - G.I.L.A
Tahun keluaran - 1995

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Zuriani
Penyanyi - Farra

Kedua Kalinya

Sungguh aku tidak menduga
Pertemuan kedua kalinya
'kan lahir kesan yang sebegini
Sehingga duniaku berubah

Walaupun engkau tidak melafazkan
Namun ku dapat merasakannya
Pergolakan dalam dirimu
Yang sama dilamun cinta ini

Tak bermaya jiwaku menghadapinya
Menyimpan satu harapan yang cuma harapan

Rahsia cinta yang mempesona membuai rasa
Menjadikan aku sentiasa serba salah

Sumpah andai dulu ku tahu
Suratan nasib ini 'kan berlaku
Ku biasa menyayang dirimu
Seperti yang ku alami kini

Pastinya aku tak 'kan biarkan dirimu
Pergi berlalu tanpa mencurahkan kasih ku

Rahsia cinta yang mempesona membuai rasa
Mungkinkah dapat bersama di suatu masa

Mengapakah kita harus bertemu
Hanya untuk cinta yang umpama belenggu

+

Tajuk lagu - Kedua Kalinya
Tahun keluaran - 1995

Penulis senikata - Fakir Iskandar & Farra
Pencipta lagu - Zuriani
Penyanyi - Farra

+

Senikata disalin dari cakera padat "Hit" Terkini Vol 1 (1995)

Bagaikan Puteri

Jika dunia
Aku yang punya
Akan ku dirikan
Sebuah syurga
Malam tanpa siang
Untuk ku bermimpi

Sepanjang masa
Tanpa kecewa
Bertemankan bintang yang setia
Bagaikan puteri
Kisah khayalan
Yang hidupnya suci dan sempurna

Oh... tapi sayang
Hanyalah impian
Bulan tak bisa tumbuh di taman
Dan bila mentari datang
Pulanglah segala kenyataan

Jika dunia
Aku yang punya
Akan ku hiaskan
Sepasang sayap
Putih dan berseri
Untuk ku kemudi

+

Tajuk lagu - Bagaikan Puteri
Tahun keluaran - 1995

Penulis senikata - Fakir Iskandar
Pencipta lagu - Zuriani
Penyanyi - Farra

+

Senikata disalin dari cakera padat "Hit" Terkini Vol 1 (1995)

Aku

Mana ada lain dzahir dan batin
Hadir dalam cermin dalam mimpi bermain

Diri jati bernamakan aku
Jiwa minda dengan nafsu
Kerapa rancang hendak maju
Mahu sangat benda yang baru

Mana ada kawan kiri dan kanan
Manis cuma depan budi satu mainan

Hanya helah membuka jalan
Untuk sampai ke impian
Itu saja kau fikirkan
Itu saja kau pentingkan

Aku hanya aku
Aku tahu diriku

Aku cari aku
Aku jumpa diriku

Aku betul aku
Aku salah diriku

Aku hanya aku
Aku tahu diriku

+

Tajuk lagu - Aku
Tahun keluaran - 1999

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Amy Search & M. Nasir
Penyanyi - Amy Search

+

Senikata disalin dari cakera padat Amy - Aku (1999)

Akar Kita

Akar kita, akar kita
Akar kita, akar kita
Akar kita, akar kita
Akar kita, akar kita

Harus menjalar dalam dan jauh
Bicara sang pohon keramat tua
Kalau mahu matahari
Menyimbah karunianya

Langit tinggi lagi jelas pandangan
Mudah baca cabaran mendatang
Mudah buat perkiraan
Matang dan tepat ke sasaran

(Hujan tak datang) Hujan tak datang
(Langit kontang)

Hati tak resah atau rasa gundah
Bila jejari membenam ke mata air
Itulah pesanan Lokman
Pada putranya di waktu duha
Dia pergi mencari suara emas

+

Tajuk lagu - Akar Kita
Tahun keluaran - 1995

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - M. Nasir

+

Senikata disalin dari laman web lain dan dibetulkan beberapa bahagian mengikut nyanyian dalam lagu.

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Karunia = Kurnia.
Waktu duha = Waktu pagi sehingga menjelang tengah hari.

(Kamus Dewan edisi keempat)

Aduh Tsumawi

Mana bukti kata sakti
Kau laungkan oh oh
Mana TV realiti impian

Mana kesan cinta agung
Kau talunkan oh oh
Mana dia ingin juga ku bersalam

Aku damba kehebatan
Biar gagah biar megah
Biar masyhur Felda kampungku

Mana dendang fantasia ku
Saliha oh oh
Mana hilang oh ke mana rindu kita

Aku rela meneman mu
Dalam sulit dalam sepi
Andai engkau setulus Mawi

Aku rela mengekor mu
Dalam ribut dalam kabut
Andai engkau tak jadi kalut

Mana kesan cinta agung
Kau talunkan oh oh
Mana Mawi ingin juga ku bersalam

Mana dendang fantasia ku
Saliha oh oh
Mana hilang oh ke mana rindu kita

+

Tajuk lagu - Aduh Tsumawi
Tahun keluaran - 2005

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Andi Rahman
Penyanyi / kumpulan - Amuk

+

Senikata disalin dari cakera padat Amuk - Interpretasi ++ (2006) dan dibetulkan beberapa bahagian mengikut nyanyian dalam lagu.

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Tsumawi = Tsunami + Mawi

Aduh Saliha

Mana rayuan ku
Hendak ku sampaikan
Rindu berahi ku pada
Kasih yang jauh

Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana pengganti mu
Hendak ku dakapkan
Dendam asmara ku
Pada cinta yang luruh

Luruh bukan daun yang pudar
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya
Cinta mu bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit dilindung awan

Aduh mahkota terhempas
Barulah ku sedar
Yang ku sangkakan intan
Oh hanyalah kaca

Sesudah berdarah barulah
Ku sedar jiwa ku tercalar
Oh sakitnya bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa
Racun hidup ku
Saliha

Kau biarkan aku sendiri
Melewati sepi
Dalam hidup ku
Saliha

Kau biarkan aku sendiri
Meratapi nasib
Dalam gelita
Saliha

Oh... Saliha

+

Tajuk lagu - Aduh Saliha
Tahun keluaran - 2005

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Mawi

+

Senikata disalin dari laman web lain dan dibetulkan beberapa bahagian mengikut nyanyian dalam lagu.

Adios

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Adios
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Hattan
Penyanyi / kumpulan - Damasutra

Adat Berkawan

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Adat Berkawan
Tahun keluaran - 2003

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi / kumpulan - Kopratasa

Ada Rasa

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Ada Rasa
Tahun keluaran - 1994

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Aris Ariwatan
Penyanyi - Aris Ariwatan

Ada Pistol

Kau ada pistol
Nak takut apa
Kacalah botol
Semua

Kau ada mentol
Nak takut apa
Hantulah toyol
Batal kuasa

Kau ada dahan
Nak takut apa
Ributlah hujan
Tak basah

Kau ada Tuhan
Nak takut apa
Bayang di depan
Langgar sahaja

Jangan padamkan mimpi luhur
Dengan alasan peluru kapur
Kelapa parut buat inti
Hakikat hidup rahsia mati

Jangan padamkan mimpi luhur
Dengan alasan peluru kapur
Gelombang laut kocak hati
Cerita karut kau tolak tepi

Datang dayak
Dayak jahat
Kita rentap
Sampai lumat

+

Tajuk lagu - Ada Pistol
Tahun keluaran - 2004

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Hassan
Penyanyi / kumpulan - Amuk

+

Senikata disalin dari cakera padat Amuk - Dendam (2004)

Ada

Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua

Dalam rasa kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah
Tanji gelora yang sempat singgah

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan

Dalam hutan ada taman
Dan dalam taman ada putrinya

Dalam baju ada cinta
Dan dalam cinta ada segala-galanya

Dalam awan ada hujan
Dan dalam hujan ada lautan

Dalam aku ada dia
Dan dalam dia ada kita ada semua

+

Tajuk lagu - Ada
Tahun keluaran - 1993

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - M. Nasir

+

Senikata disalin dari cakera padat M. Nasir - Canggung Mendonan (1993)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Memperkosa = Menyerang dengan kekerasan.
Mergastua = Binatang-binatang di hutan.
Tanji = Bunyi-bunyian.

(Kamus Dewan edisi keempat)

Abracadabra

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Abracadabra
Tahun keluaran - 1994

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Ramli M.S.
Penyanyi / kumpulan - Kasawari

3 X Putus Cinta

3 X putus cinta
Bukan bererti
Aku harus patahkan
Telunjuk mu
3 X putus cinta

3 X putus cinta
Bukan bererti
Engkau harus patahkan
Telunjuk ku
3 X putus cinta
Putus cinta

Oh sedangkan daun yang hijau
Boleh dijilat mentari
Inikan pula ranting kering
Yang kita sepak terajang

Kita pun tahu
Kita tak tahu
Mereka pun tak tahu
Takkan kiamat cerita panas
Kerna putus cinta

+

Tajuk lagu - 3 X Putus Cinta
Tahun keluaran - 1993

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Kris
Penyanyi / kumpulan - Kris

+

Senikata disalin dari cakera padat Kris - The Best Of (2001)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

X = Kali

18000 Sayap

Semalam tidurku dihimpit lagi
Mimpi yang ngeri sukarnya diperi
Sang rembulan
Sinar mentari
Satu bagai terpatri

Semua manusia jalan telanjang
Pantasnya menghala ke belakang
Sedih merintih
Sakit mengerang
Di wilayah yang kering dan gersang

Sejuta(nya) wajah serupa
Pucat toreh tak berdarah
Berkudis bernanah
Celik tanpa buta
Cakap(nya) tanpa suara

Tidak siapa pun kan tahu
Kepalaku yang sangat bingit

Tidak siapa pun kan tahu
Hati nuraniku yang menjerit

Tidak siapa pun kan tahu
Tulang-tulang aku yang sakit

Tidak siapa pun kan tahu
NOMBOR PINTU LANGIT

+

Tajuk lagu - 18000 Sayap
Tahun keluaran - 1998

Penulis senikata - Roshi Lee
Pencipta lagu - Jemboo
Penyanyi / kumpulan - Wings

+

Senikata disalin dari cakera padat Wings - Mencari Asal Usul (1998)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Peri = Kata.

(Kamus Dewan edisi keempat)

1 + 1 = ? (Belum Tentu Dua)

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - 1 + 1 = ? (Belum Tentu Dua)
Tahun keluaran - 1994

Penulis senikata - Nurbisa II
Pencipta lagu - Jay Jay
Penyanyi - Nash

Suralaya Dalam D Major

Getar senandung suralaya menggamit
Di ruang sanubari rindu menghimpit
Wajah kasihku melirik senyum tangis
Sukar untuk ku tangkis

Getar senandung suralaya menggamit
Di sudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasih ku gemersik makin jelas
Makin rasa sebegitu ikhlas

Kata-katamu bagaikan sinar yang ditelan kabus
Yang sempat ku dengar hanya madah
Hanya kata selamat tinggal

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menanda hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap... kau pun hilang (dari pandangan)

Getar senandung suralaya menggamit
Di sudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasih ku gemersik makin ransang
Makin rasa sebegitu terang

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menanda hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap... kau pun hilang

Bukan beralah kecewa kerana cinta
Tapi berduka kecewa kerana rindu
Pedomanku hanya satu, pegangan hidup dan matiku
Ingin ku rasa bersamamu... yeah yeah yeah

+

Tajuk lagu - Suralaya Dalam D Major
Tahun keluaran - 2006

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Edrie Hashim
Penyanyi - Amy Search

+

Senikata disalin dari cakera padat Amy - Ikon: A Rockstar Chronicle (2006) dan dibetulkan beberapa bahagian mengikut nyanyian dalam lagu.

Kisah di sebalik penulisan senikata ini:



-----------------------------------------------------

GLOSARI

Rawan = Pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu.
Suralaya = Tempat kediaman dewa-dewa, kayangan.

(Kamus Dewan edisi keempat)