Suralaya Dalam D Major

Getar senandung suralaya menggamit
Di ruang sanubari rindu menghimpit
Wajah kasihku melirik senyum tangis
Sukar untuk ku tangkis

Getar senandung suralaya menggamit
Di sudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasih ku gemersik makin jelas
Makin rasa sebegitu ikhlas

Kata-katamu bagaikan sinar yang ditelan kabus
Yang sempat ku dengar hanya madah
Hanya kata selamat tinggal

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menanda hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap... kau pun hilang (dari pandangan)

Getar senandung suralaya menggamit
Di sudut perasaan cinta menjerit
Bisik kasih ku gemersik makin ransang
Makin rasa sebegitu terang

Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menanda hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Tergerak ku mendakap... kau pun hilang

Bukan beralah kecewa kerana cinta
Tapi berduka kecewa kerana rindu
Pedomanku hanya satu, pegangan hidup dan matiku
Ingin ku rasa bersamamu... yeah yeah yeah

+

Tajuk lagu - Suralaya Dalam D Major
Tahun keluaran - 2006

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Edrie Hashim
Penyanyi - Amy Search

+

Senikata disalin dari cakera padat Amy - Ikon: A Rockstar Chronicle (2006) dan dibetulkan beberapa bahagian mengikut nyanyian dalam lagu.

Kisah di sebalik penulisan senikata ini:



-----------------------------------------------------

GLOSARI

Rawan = Pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu.
Suralaya = Tempat kediaman dewa-dewa, kayangan.

(Kamus Dewan edisi keempat)

No comments:

Post a Comment