- Nama sebenar Loloq ialah Rosli Khamis.
- Loloq menulis hampir 2,000 senikata dalam tempoh 23 tahun (1985-2008). Laman blog ini baru berjaya mengesan lebih kurang 600 senikata Loloq.
- Rosli Khamis lahir di Singapura pada 21 Mei 1958 dan berhijrah ke Kuala Lumpur, Malaysia, ketika berusia 23 tahun (1981)
- Semasa menganggur di Kuala Lumpur dalam tahun 1980-an, Rosli Khamis berkenalan dengan M. Nasir dan Amy Search di Jalan Chow Kit dan memujuk mereka menggunakan senikata tulisannya.
- Nama pena Loloq diberi oleh kawan-kawannya di Kuala Lumpur.
- Loloq mula menulis senikata ketika berusia 27 tahun (1985)
- Rosli Khamis dilaporkan mempunyai 12 nama pena. Selain dikenali umum sebagai Loloq, beliau juga menggunakan nama pena Nurbisa, Nurbisa II, Fakir Iskandar, Cenderawasih, Abdullah Romany, Kristo Bimbo, Roshi Lee, Al-Heikel, Sinbad dan beberapa nama lain.
- Loloq pernah mencipta beberapa lagu untuk artis lain dan menjadi penyanyi serta pencipta lagu untuk kumpulan Rastari pada tahun 1992.
- Antara lagu tulisan Loloq yang pernah diharamkan untuk siaran RTM ialah Hani dan Kelentong Dol Hancing nyanyian Hattan pada tahun 1992.
- Rosli Khamis berkahwin dengan Hariah Yaacob pada tahun 1990-an dan dikurniakan tiga cahaya mata: Krsty Nur, Jaevn Nur dan Yasha Nur.
- Selepas dikenali sebagai penulis senikata prolifik, Loloq terlibat pula dalam penulisan cerita/skrip filem, antaranya untuk filem Simfoni Duniaku (1994) dan Merah (1996). Loloq juga menyiapkan skrip Aduh Saliha pada tahun 2006 tapi filem itu gagal diterbitkan.
- Loloq pernah berlakon teater Bukit Kepong yang dipentaskan selama 9 hari di PWTC Kuala Lumpur pada tahun 2000.
- Loloq turut berlakon dalam beberapa filem, antaranya ialah:
- Sara (2001)
- Spinning Gasing (2001)
- Embun (2002)
- Lang Buana (2003)
- Rock (2005)
- Man Laksa (2006)
- Zombi Kampung Pisang (2007)
- Orang Minyak (2007) - Antara lakonan Loloq untuk TV atau video ialah:
- Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys (2001)
- Gosok (2003)
- Neon (2003)
- Orang Kasar (2003)
- Syair Si Pari-Pari (2003)
- Lima Belas Puasa 1971 (2004) - Rosli Khamis @ Loloq meninggal dunia pada 30 Januari 2008.
- Antara senikata terakhir Loloq ialah Angkasawan persembahan kumpulan Butterfly yang dipasarkan dalam tahun 2008.
- Konsert penghargaan Untukmu Loloq berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada 22-24 April 2011. Segmen lakonan dalam konsert tersebut menampilkan Hasnul Rahmat yang melakonkan watak Loloq.
- Pada tahun 2015, syarikat rakaman Sony Music Entertainment mengeluarkan album kompilasi Loloq - A Tribute yang mengandungi 15 lagu tulisannya.
-----------------------------------------------------
RUJUKAN
Akhbar / majalah:
- Loloq antara Andalusia dan Sup Selipar (Utusan Malaysia, 3.2.2008)
- Perginya seorang genius seni (Kosmo, 31.1.2008)
- Loloq berubah selepas dileteri nenek (Utusan Malaysia, 20.4.2006)
- Hattan rayu RTM (Media Hiburan, 13.6.1992)
Laman web: