Bila Mentari Menyinar Kota

Tiap kali malam tiba
Tak bisa kau pejam mata
Hatimu meronta-ronta
Apa ada di luar sana

Malam digegar rentak muzik
Mementaskan denyutan nadi
Mencabar kau masuk arena
Melepaskan segalanya

Oh
Apa itu yang kau cari
Apa itu yang kau mahu
Tangisan tak berguna
Bila mentari pagi menyinar kota

Mahu mengejar kepuasan
Nama jadi sebutan
Kau sanggup buat apa saja
Demi mencapai impian

Kau hidup tanpa pegangan
Jiwamu kekosongan
Kau hidup dalam duniamu
Yang bila-bila 'kan hancur berkecai

Hey
Mestilah fikir dulu
Jangan terburu menempuh hidup ini
Mungkin kau rasa kau tak bersalah
Kau tak melukakan sesiapa

Tapi kau terlupa sesuatu
Yang sangat berharga
Kau lupa dirimu
Kau lupa dirimu

Bila mentari pagi menyinar kota

+

Tajuk lagu - Bila Mentari Menyinar Kota
Tahun keluaran - 1997

Penulis senikata - Goyang & Sinbad
Pencipta lagu - Goyang
Penyanyi - Ruhil Amani

+

Senikata disalin dari cakera padat Ruhil Amani - Percaya (1997)

No comments:

Post a Comment