Angkara Rosku

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Angkara Rosku
Tahun keluaran - 1994

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Joey

Angan Di Sebalik Renungan

Langit nan biru
Dalam mata mu
Buat ku rindu

Buat ku rindu
Hidup yang baru
Ku bersama mu

Bersama mu selalu
Tiap detik dan saatku
Sepanjang waktu

Sepanjang waktu tertumpu
Pada senyuman mu
Manis semanis madu

Malam pantas berlalu
Kerana kau ada di sisiku
Nyaman bagai di bumi bayu

Mimpi yang dulu
Tidak lagi mengganggu
Lena sejenak dah terang kelambu

Impian bukan kenyataan
Yang dapat dibuat satu sandaran

Renungan hilang tengah jalan
Pabila kau alih pandangan

+

Tajuk lagu - Angan Di Sebalik Renungan
Tahun keluaran - 1999

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Asheed
Penyanyi / kumpulan - Def-Gab-C

+

Senikata disalin dari cakera padat Def-Gab-C - Skala (1999)

Angan Dan Sedar

Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawan
Biarpun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan

Mohon sesaat berangan
Buatku meleraikan
Apa pun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan

Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu siapa aku
Aku sedar dan berasa malu
Aku sangatlah mahu berterima kasih

Sungguh
Langsung tak pernah marah walaupun sekali seakan memahami
Langsung tak pernah kasar dalam berbahasa menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling menunjukkan benci pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah menyesal menagih cintamu biarpun membelai rindu

Mohon secebis kasihan
Jangan ku dilupakan
Dalam lipatan kenangan
Bercinta dikau di persimpangan

Aku rela merindumu

+

Tajuk lagu - Angan Dan Sedar
Tahun keluaran - 2007

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Mawi

+

Senikata disalin dari laman web lain.

Andalusia

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini ku bakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niat ku bertemu

Cahayamu tiada tara(nya)

Pohon salamku pada fakir-fakirmu Andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus

Sahutlah Andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi Alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal Hadi Antal Haqqu
Laisal Hadi Illahu

+

Tajuk lagu - Andalusia
Tahun keluaran - 1998

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - M. Nasir

+

Senikata disalin dari cakera padat Karisma - M. Nasir, Amy, Awie (2001) dan dibetulkan beberapa bahagian mengikut nyanyian dalam lagu.

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Sabitah = Bintang tetap.
Setanggi = Kemenyan yang berbau harum apabila dibakar.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

Analogi 0.1

Si Dara bukan menangis, kerna Krakatau
Tapi kerna bawang dihiris, malam pengantin
Si Uda bukan merintih, kerna petaka
Tapi kerna lagu digema, pagi merdeka

Merah warna kuntum, penyeri mata
Akan hilang seri dan erti, tanpa cahaya
Cinta jadi perdu, hidup sempurna
Akan hilang bekas dan makna, tanpa belaian

Siapa harus hulurkan
Bunga rampai cinta
Di tangan insan yang hilang
Kasih sayang sangat diperlu
Bagai kehidupan memerlukan
Air dan api

+

Tajuk lagu - Analogi 0.1
Tahun keluaran - 1992

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Search
Penyanyi / kumpulan - Search

+

Senikata disalin dari cakera padat Search - Rampage (1992)

Ana Permata Timur

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Ana Permata Timur
Tahun keluaran - 1993

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - M. Nasir
Penyanyi - Hattan

Amuk

Mana dia budi kita
Budi suci tulus ikhlas
Katakanlah di mana

Mana dia satu jiwa
Satu umat timur raya
Katakanlah di mana

Mana dia sumpah kita
Sumpah minum air keris
Katakanlah di mana

Mana dia marga wira
Marga Jebat bumi Tuah
Katakanlah di mana

Dah jemu diulit dodoi dulu
Sehingga tak kenal hujung hulu
Dicucuk hidungku macam lembu
Tersentuh ku sakit haru biru

Sebelum sengit
Rinduku himpit
Menongkat langit
Biarku jerit

Aku dah sakit
Aku dah bingit
Aku dah perit
Aku dah lengit

Hulurkan bantuan
Sekadar termampu
Tunjukkanlah siapa
Siapa yang tahu

+

Tajuk lagu - Amuk
Tahun keluaran - 1998

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Cromok
Penyanyi / kumpulan - Amuk

+

Senikata disalin dari cakera padat Amuk - Tanpa Prejudis (1998)

-----------------------------------------------------

GLOSARI

Lengit = Kalah teruk dalam permainan.
Marga = Kelompok atau puak orang yang berasal daripada satu keturunan.

(Pusat Rujukan Persuratan Melayu)

Amok Merah

(senikata akan datang)

+

Tajuk lagu - Amok Merah
Tahun keluaran - 1996

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Joey
Penyanyi - Joey

Alif Ba Ta Duniaku

Pabila ku rindu
Hiaskan diriku
Ku melawan cintaku

Pabila ku jemu
Pejamkan mataku
Ku masuk ke alam khayalku

Alif ba ta duniaku
Siapa yang tahu
Apakah di dadaku ini

Ku, ku
I, i, i
Hanya ku seorang
Yang tahu pergolakan
Mindaku

Kau, kau
You, you, you
Tak mungkin boleh tahu
Selagi ku tak cerita

Hentikanlah
Marah, marah
Dunia
Takkan berubah
Dengan amok
Dan amarah mu itu
Sedarlah
Kawanku

Aa, aa
Ih, ih
Uu, uu
Tak depan, bawah, atas
Tiga cara saja
Membacanya

Oh, oh
Jangan ternganga
Uh, uh
Sedihnya
Kalau kau masih
Belum belajar
Kawanku

Cintaku
Cintamu
Cinta
Cinta kita satu (sama)
Hidup ini
Akan mudah
Kalau mimpi
Kita sama

+

Tajuk lagu - Alif Ba Ta Duniaku
Tahun keluaran - 1998

Penulis senikata - Sinbad
Pencipta lagu - Benny Arjuna
Penyanyi - Awie

+

Senikata disalin dari laman web lain.

Aladin

Mana tahu nasib nak rubah
Tuah badan tak boleh baca
Kau jadi Aladin

Asal miskin hina dan dina
Jadi masyhur sekelip mata
Kau jadi Aladin

Runtuh dinding antara nyata dan mimpi
Kita selama ini
Tak mustahil menjadi realiti
Zaman macam ini

Gosok, jangan tak gosok
Gosok, lampu yang satu
Gosok, sampai kau nampak wajahmu

Gosok, jangan tak gosok
Gosok, sampai berkilat
Gosok, sampai tertanggal semua karat

Kalau tuah boleh tak mati
Apa benda pun boleh jadi
Kau jadi Aladin

Kalau boleh sampai ke bulan dan angkasa
Apa salah singgah kayangan pintu maya
Kau jadi Aladin

+

Tajuk lagu - Aladin
Tahun keluaran - 2002

Penulis senikata - Loloq
Pencipta lagu - Tam Spider
Penyanyi / kumpulan - Spider

+

Senikata disalin dari cakera padat Spider - Aladin (2002)